Monday, 6 August 2012

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


PENGENALAN
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

OBJEKTIF KOD ETIKA

i. Mengetahui masalah moral dan isu etika
computer

ii. Memahami prinsip etika
computer

iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat

iv. Mengetahui fungsi kod etika
professional

v. Keperluan etika Komputer


MASALAH MORAL DAN ETIKA

Penggertak (Cracker)

· Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
· Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

Penyalahgunaan Internet

Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus

Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

Hakcipta

Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Perisian cetak rompak

Maklumat yang diperolehi tidak mendapat kebenaran pemilik asal dibuat cetakan secara  tulisan dan audio visual.

PRINSIP KOD ETIKA
 
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan

ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi

iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
 
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko


RUKUN ETIKA

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri

v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).

vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.

viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

No comments:

Post a Comment