Monday 1 October 2012


Refleksi Keseluruhan Kursus BMM3105

Assalamualaikum. Ini adalah refleksi kedua dan merupakan refleksi keseluruhan untuk kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM3105). 
Pertama kali melihat pada nama subjek ini, saya dah tahu dan teruja kerana subjek ini memerlukan latihan amali. Pertama kali diminta membina blog, keterujaan saya bertukar menjadi kesedihan kerana blog yang dihasilkan oleh rakan lain pada pandangan saya amat menarik.
Saya bertekad takkan mengaku kalah. Asasnya saya dibantu oleh dua orang anak yang berada di tingkatan 3 dan 2. Namun saya sedar mereka sendiri mempunyai banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan. Lalu saya minta pula pertolongan rakan sekerja untuk memberi tunjuk ajar menghias blog dengan ‘gadjet’ yang macam-macam.
Bila dah pandai sikit, saya bersama anak kedua mulalah mereka hiasan untuk blog saya sebagai penambahbaikan. (Rupa-rupanya anak saya pun diminta menghasilkan blog oleh guru komputer sekolahnya)
Alhamdulillah, akhirnya....... setelah beberapa kali melalui pengubahsuaian, maka inilah rupanya blog saya. Saya akui masih banyak yang boleh diperbaiki. Namun pada saya ini hanyalah satu permulaan.......