Friday 17 August 2012

Refleksi Pembinaan Tapak Pembelajaran

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya saya tidak meluahkan perasaan saya dalam bentuk penulisan. s
Sedangkan inilah hobi saya sejak zaman persekolahan dulu.....ada juga angan-angan nak jadi penulis novel.  he...he...he...

Pengalaman bina blog.....
Sebelum ni saya memang ada blog. saja je masa en. pensyarah tanya x ndak mengaku....
Blog saya khas untuk Bimbingan dan Kaunseling SKTM.

So sekarang saya dah ada dua blog.

Lama x edit, banyak perkara baru yang saya x expose.
So bila kena buat blog untuk BMM 3105, banyak yang saya ketinggalan.....
Rasa nak nangis dalam kelas hari tu sebab tengok blog kawan2 cantik2 belaka.

Bila ke sekolah sya minta tolong rakan sekerja untuk membantu saya menghasilkan blog baru ini.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar rakan saya ini dapatlah saya "make up" blog saya. walaupun asasnya saya bina dengan bantuan anak-anak saya. x ndaklah ganggu mereka sebab mereka nak exam....

Terima kasih kepada encik pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar semasa interaksi dengan beliau. Juga terima kasih kepada rakan saya yang banyak membantu.


Tuesday 14 August 2012

Katalog alamat internet (url)


AKTIVITI 2
Katalog alamat internet (url)
1.     3 web berita

i.                   Tajuk   : PLUS beri rebat tol 30 peratus sempena Aidilfitri dan Hari Merdeka

Sinopsis     : Rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG. rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.

ii.                   Tajuk          : Atasi kelemahan Azizulhasni

Sinopsis     : Pelumba berbasikal trek Mohd. Azizulhasni Awang perlu mengatasi  berat badannya yang menghadkan keupayaan 'kuasa' pelumba ini untuk bersaing dalam tempoh empat tahun lagi sebelum Sukan Olimpik Rio 2016 membuka tirainya.

iii.                Tajuk          : Umur persaraan 60 tahun dilaksana tahun depan

URL            :http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120814/dn_31/Umur-persaraan-60-tahun-dilaksana-tahun-depan

Sinopsis     : Umur pesaraan sektor swasta pada 60 tahun dijangka akan dilaksanakan pada tahun depan



2.     3 web/blog pembelajaran Bahasa Melayu

i.                     Tajuk          : Tatabahasa
Sinopsis     :mengandungi latihan tatabahasa

ii.                   Tajuk          : Kefahaman Bahasa Melayu UPSR
Sinopsis     : Bank soalan kefahaman Bahasa Melayu UPSR

iii.                 Tajuk          :Penulisan Bahasa Melayu
Sinopsis     :Petua penulisan Bahasa Melayu sekolah rendah


3.      3 web/blog berkaitan sastera/bahasa/seni/budaya

i.                     Tajuk          :Warisan Budaya Malaysia
URL            : http://malaysiana.pnm.my/03/03pengenalan.htm
Sinopsis     : Artikel berkaitan permainan tradisional seperti Aci Sorok||Batu Seremban||Bulu Ayam||Cari Cucu||Congkak||Galah Panjang||Gasing|
|Guli||Jala Itik||Konda Kondi||Sepak Raga||Teng Teng||Wau||Bibliografi|

ii.                   Tajuk          : Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu
Sinopsis     : Asal usul Bahasa  Melayu

iii.                 Tajuk          : Warisan Budaya Melayu
Sinopsis     : Penerangan mengenai adat resam Melayu seperti melenggang perut, kelahiran, berpantang dan bersunat.




Monday 6 August 2012

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


PENGENALAN
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

OBJEKTIF KOD ETIKA

i. Mengetahui masalah moral dan isu etika
computer

ii. Memahami prinsip etika
computer

iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat

iv. Mengetahui fungsi kod etika
professional

v. Keperluan etika Komputer


MASALAH MORAL DAN ETIKA

Penggertak (Cracker)

· Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
· Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

Penyalahgunaan Internet

Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus

Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

Hakcipta

Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Perisian cetak rompak

Maklumat yang diperolehi tidak mendapat kebenaran pemilik asal dibuat cetakan secara  tulisan dan audio visual.

PRINSIP KOD ETIKA
 
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan

ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi

iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
 
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko


RUKUN ETIKA

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri

v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).

vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.

viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

hari pertama

Alhamdulillah.....
Akhirnya dengan bantuan 2 orang puteriku, dapat juga create blog