Assalamualaikum.
Sudah lama rasanya saya tidak meluahkan perasaan saya dalam bentuk penulisan. s
Sedangkan inilah hobi saya sejak zaman persekolahan dulu.....ada juga angan-angan nak jadi penulis novel. he...he...he...
Pengalaman bina blog.....
Sebelum ni saya memang ada blog. saja je masa en. pensyarah tanya x ndak mengaku....
Blog saya khas untuk Bimbingan dan Kaunseling SKTM.
So sekarang saya dah ada dua blog.
Lama x edit, banyak perkara baru yang saya x expose.
So bila kena buat blog untuk BMM 3105, banyak yang saya ketinggalan.....
Rasa nak nangis dalam kelas hari tu sebab tengok blog kawan2 cantik2 belaka.
Bila ke sekolah sya minta tolong rakan sekerja untuk membantu saya menghasilkan blog baru ini.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar rakan saya ini dapatlah saya "make up" blog saya. walaupun asasnya saya bina dengan bantuan anak-anak saya. x ndaklah ganggu mereka sebab mereka nak exam....
Terima kasih kepada encik pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar semasa interaksi dengan beliau. Juga terima kasih kepada rakan saya yang banyak membantu.
Friday, 17 August 2012
Tuesday, 14 August 2012
Katalog alamat internet (url)
AKTIVITI 2
Katalog alamat internet
(url)
1. 3 web berita
i. Tajuk : PLUS beri rebat tol 30 peratus sempena Aidilfitri dan Hari Merdeka
Sinopsis :
Rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan kad
PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG. rebat tol itu akan diberikan kepada
orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.
ii. Tajuk : Atasi kelemahan Azizulhasni
Sinopsis : Pelumba berbasikal trek
Mohd. Azizulhasni Awang perlu mengatasi berat
badannya yang menghadkan keupayaan 'kuasa' pelumba ini untuk bersaing dalam tempoh empat tahun lagi sebelum Sukan Olimpik Rio 2016
membuka tirainya.
iii. Tajuk : Umur persaraan 60 tahun dilaksana tahun depan
URL :http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120814/dn_31/Umur-persaraan-60-tahun-dilaksana-tahun-depan
Sinopsis : Umur pesaraan sektor swasta pada 60 tahun
dijangka akan dilaksanakan pada tahun depan
2. 3 web/blog pembelajaran
Bahasa Melayu
i.
Tajuk :
Tatabahasa
Sinopsis :mengandungi
latihan tatabahasa
ii.
Tajuk :
Kefahaman Bahasa Melayu UPSR
Sinopsis : Bank soalan kefahaman Bahasa Melayu UPSR
iii.
Tajuk :Penulisan
Bahasa Melayu
Sinopsis :Petua
penulisan Bahasa Melayu sekolah rendah
3. 3 web/blog berkaitan
sastera/bahasa/seni/budaya
i.
Tajuk :Warisan
Budaya Malaysia
Sinopsis :
Artikel berkaitan permainan tradisional seperti Aci Sorok||Batu Seremban||Bulu Ayam||Cari Cucu||Congkak||Galah Panjang||Gasing|
|Guli||Jala Itik||Konda Kondi||Sepak Raga||Teng Teng||Wau||Bibliografi|
|Guli||Jala Itik||Konda Kondi||Sepak Raga||Teng Teng||Wau||Bibliografi|
ii.
Tajuk :
Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu
Sinopsis :
Asal usul Bahasa Melayu
iii.
Tajuk :
Warisan Budaya Melayu
Sinopsis :
Penerangan mengenai adat resam Melayu seperti melenggang perut, kelahiran,
berpantang dan bersunat.
Monday, 13 August 2012
Saturday, 11 August 2012
Tuesday, 7 August 2012
Monday, 6 August 2012
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
PENGENALAN
Etika komputer umumnya adalah
satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak
peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian
adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat.
OBJEKTIF KOD ETIKA
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika computer
ii. Memahami prinsip etika computer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika professional
v. Keperluan etika Komputer
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Penggertak
(Cracker)
· Cracker ialah golongan yang
menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan
tujuan utama membuat keuntungan.
· Cracker tidak menulis
program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang
dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
Cracker
tidak mempunyai etika kerja yang baik.
Penyalahgunaan
Internet
Konsep
‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak
implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus
Sebarkan
virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.
Hakcipta
Memuat
turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi
undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Perisian cetak rompak
Maklumat yang diperolehi
tidak mendapat kebenaran pemilik asal dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
PRINSIP KOD ETIKA
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko
RUKUN
ETIKA
i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)