Tuesday, 18 September 2012

Kata Pujangga



Hanya mereka yang berani menghadapi kegagalan besar sahaja yang dapat mencapai kejayaan besar.
(Dr. H.M. Tuah Iskandar)


Kesilapan itu adalah peluang membuat kejayaan yang lebih cemerlang

(Kata-kata Hikmat)



Tiada penyakit yang tidak dapat diubati. Tiada masalah yang tidak dapat diatasi.

(kata-kata pujangga)




Tiada bumi yang tidak pernah ditimpa hujan.Tiada manusia yang tidak pernah ditimpa ujian.

(Pepatah Melayu)
 
 

Friday, 14 September 2012

TAMAN NEGARA MULU



Latar Belakang Sejarah :

Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia.


Catatan: Buku Teks Bahasa Melayu tahun 3

Tuesday, 11 September 2012

Tahukah Anda



1    1. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

2. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

3. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

4. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

5. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Sunday, 2 September 2012

BELALANG




Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka.    Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.