Bacaan anda bermula di sini
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/index.htm
Sunday, 30 September 2012
Friday, 21 September 2012
Masih Lagi Ibu
Masih Lagi Ibu
Pada kala aku mengenang ibu
masih terasa eratnya pelukanmu
panas air mata membasahi pipi
tempatmu masih terpahat di hati
pasir berpindah pantai masih di situ
waktu berubah kasihku masih padamu.
Kesudahan hidup kematian yang pasti
pemergian yang kutangisi hingga kini
kasih sayangmu menggegar jiwa
ada tugas belum selesai
ada hajat belum tertunai
ada budi belum dibalas
bagai hutang yang belum dilangsai
terlalu banyak yang kuterima
terlalu sedikit yang sempat kuberi
kesalku kemewahan ini tak dapat dikongsi.
Nostalgia bersamamu kubiarkan segar
suka duka ingin kulalui bersama
kau cemas membalut lukaku di lutut
terseliuh kaki kau yang mengurut
rajukku sekejap pandai kaumemujuk
kasihmu menemaniku pada saatku dicabar
memilih antara antah dan beras
antara berlian dan kaca
zamrud mutiara di telapak tangan
masih ibu permata hatiku.
KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Tuesday, 18 September 2012
Kata Pujangga
Hanya
mereka yang berani menghadapi kegagalan besar sahaja yang dapat mencapai
kejayaan besar.
(Dr. H.M. Tuah Iskandar)
Kesilapan
itu adalah peluang membuat kejayaan yang lebih cemerlang
(Kata-kata
Hikmat)
Tiada
penyakit yang tidak dapat diubati. Tiada masalah yang tidak dapat diatasi.
(kata-kata pujangga)
Tiada
bumi yang tidak pernah ditimpa hujan.Tiada manusia yang tidak pernah ditimpa
ujian.
(Pepatah Melayu)
Friday, 14 September 2012
TAMAN NEGARA MULU
Latar
Belakang Sejarah :
|
Taman Negara Mulu
merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai
Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian
spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan
altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon
vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.
taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api
(1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai,
salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai
beberapa gua yang mencatat rekod dunia.
Catatan: Buku Teks Bahasa Melayu tahun 3
|
Subscribe to:
Posts (Atom)