| 
 TAJUK 1 | 
SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK | 
SINOPSIS
Tajuk ini
membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada
tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula
pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman
Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan
dan zaman linguistik moden. 
HASIL PEMBELAJARAN
(i)      Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu  linguistik.
(ii)     Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman
Yunani, Iskandariah,   
         Rom, Arab, India hingga zaman moden
abad ke-20.
1.0 
     KANDUNGAN ISI
Tahukah anda
bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik,
kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang
berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik
dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan
kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini
telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa
adalah berdasarkan bukti  dalam bentuk
catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.
1.1       Zaman
Yunani,  Zaman  Iskandariah,  Zaman Rom
Dalam
sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian
bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun  terawal yang wujud di atas muka  bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi
semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam
pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan
seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang
bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah
bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah
Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi
pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.
Untuk
pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah
Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli
falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu
masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah
mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis
yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan
kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar
sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama
berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan
masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara
kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai
subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. 
Ilmu
linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi
dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung.
Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang
diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana  yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem
kala atau tense dalam bahasa Yunani.
Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat,
khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai
suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek
tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang
menjadi subjek logika.
Secara
umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih
tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak
logik dan bukannya saintifik.
Kita
telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman
Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula
pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah
menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun
penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan.
Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan.
Para sarjana  turut memperkenalkan bidang
sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada
turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Sekarang
kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom
telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda
bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa
Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan
sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang
menyumbang  kepada perkembangan ilmu
baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting
kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa
selepas zaman itu.
1.2       Zaman
Pertengahan,  Zaman Arab,  Zaman India
Sekarang
kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang
dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka
bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan
ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan
mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu
tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada
fungsi kesusasateraan. 
Anda harus
ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam
bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan
ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan
hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Sekarang
mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini
bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini
disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada
zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin
mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya
perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta
terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
Perbincangan
seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini
bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu
linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada
kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik,
morfologi dan sintaksis. 
Tahukah
anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan
mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara
saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu
bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa
memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
1.3       Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik
Moden
Untuk
pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik
moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya
bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa
berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara
satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa
bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang
sama. 
Kesan
daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di
dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada
tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum
baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Sebagai
mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah
perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa
pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik
huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis
dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa
adalah baka dan satu fenomena sosial.
TUGASAN:
 Buat
catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak
sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda
faham apa yang dibincangkan.
              Buat
catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak
sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda
faham apa yang dibincangkan.   Bincangkan
sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga
kini.
               Bincangkan
sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga
kini.| 
TAJUK 2 | 
PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK | 
SINOPSIS
Tajuk dua
ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure.
Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. 
Hasil
Pembelajaran
(i)           
Menghuraikan
aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman
(ii)         
Menghargai
sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga
zaman moden
(iii)        
Membuat
banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik
2.0       KANDUNGAN
ISI
Hasil
pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa
Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori
behaviourisme 
2.1       Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang
Linguistik
·                  
Edward
Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural  
dan
antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa
dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.
·                    
Beliau
berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam 
sains.
Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang
menentukan sturktur pemikiran manusia.
·                    
Menurut
beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu 
bersifat
arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield
kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi
fungsinya dalam masyarakat.
·                    
Rumusan
hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, 
bahasa akan sentiasa berubah.
2.2       Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang
Linguistik
·                    
Bloomfield
(1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang 
mempelopori
teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam
menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data
ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat
itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
·                    
Rumusan
beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca 
daripada
adanya rangsangan atau stimulus, maka
bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.
·                    
Beliau
juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku 
manusia.
Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan
yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan
dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).
2.3       Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam
Bidang Linguistik
·                   
Ferdinand
de Saussure (1857 – 1913)  ialah  orang pertama  yang
mengasaskan
ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik
Moden’  telah terbukti melalui
penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara
moden.
·                   
Dalam
sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang 
pertama
yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari
sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik
sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis
mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta
perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. 
·                   
De
Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan 
konsep
‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud
ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
·                   
Ketokohan
beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan 
buku
bertajuk Couse de Linguistique Generale
pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha
pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah
sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris pada tahun 1959.
Tugasan 
 Buat
banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de             Saussure dengan Bloomfield.
            Buat
banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de             Saussure dengan Bloomfield. |  | 
            Huraikan dengan ringkas menggunakan
ayat sendiri sumbangan  dan kesan teori
behaviourisme terhadap pengajaran dan           pembelajaran
bahasa.
| 
TAJUK 3 | 
BIDANG LINGUISTIK | 
Sinopsis
Tajuk
tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik
Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.
Hasil
Pembelajaran
(i)           
Menghuraikan
tentang bidang ilmu linguistik
(ii)         
Menghuraikan
linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan
linguistik kontekstual
(iii)        
Membincangkan
bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.
 Kerangka
Tajuk

3.0       KANDUNGAN
ISI
Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan
kepada bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa,
perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta
kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik. 
3.1
      Linguistik  Umum dan Linguistik Gunaan
·                    
Linguistik
umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang 
yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu
linguistik secara umum.
·                    
Linguistik
gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
·                    
Linguistik
gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan
psikologi.
·                    
Linguistik
gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis
buku-buku teks.
·                    
Deskripsi
bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula
digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa
asing.
·                    
Linguistik
ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan
bahasa.
·                    
Antara
kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan
bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.
·                    
Ada
aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu
terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul  ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan
linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.
·                    
Perkara
 yang dikendalikan dalam bidang ini ialah
pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
·                    
Menentukan
sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah
tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
·                    
Linguistik
gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang
berhubungan dengan pengajaran bahasa.
·                    
Pengenalan
linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha
untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai
sains gunaan.
·                    
Dalam  meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran
bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan
sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
3.2
      Linguistik Sejarah dan Linguistik
Perbandingan
·                    
Linguistik
perbandingan (asalnya
filologi perbandingan) ialah 
satu
cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat
menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
·                    
“Perhubungan"
membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, 
dan
linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan
menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang
didokumenkan itu. 
·                    
Teknik
asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” 
yang
bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi,
sintaksis, dan leksikon.
·                    
Pada
dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait 
harus
dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik,
umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
· 
        Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur
yang amat jauh, dan 
tidak
rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. 
·                    
Kaedah
terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang 
mencadangkan
satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu
berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir
(kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
·                    
Kaedah
glotokronologi  mencadangkan penggunaan
formula 
matematik
untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. 
·                    
Terdapat
juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan 
pembandingan
bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: 
·                    
Tipologi
bahasa membandingkan bahasa supaya dapat 
mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
·                    
Linguistik
hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik 
tentang
hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang
terbukti dalam kata-kata pinjaman. 
·                    
Cabang
kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan 
perkembangan
sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman
kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
·                    
Bidang
ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal  
usul (etimologi)
sesuatu bahasa.
·                    
Kajian
tertumpu kepada lebih dari satu zaman. 
·                    
Kajian
perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci 
dalam beberapa
zaman atau masa dan tempat tertentu. 
·                    
 Kemudian, kajian perlu dilakukan secara
diakronik, iaitu membuat 
perbandingan
bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa
tersebut. 
·                    
Linguistik
sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang 
berusaha
untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya
melalui masa.
·                    
Bidang
ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl 
usul
atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan
perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
·                    
Linguistik
perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang 
            membandingkan
antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya          adalah
untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara          bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada        bahasa induk.
·                    
Perbandingan
dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja     atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini  memperlihatkan hubungan yang erat dengan
linguistik huraian. Hal        ini
disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-            aspek yang dibandingkan itu 
3.3
      Linguistik Kontekstual  
·                    
Linguistik
kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi        dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan
linguistik         teori teras mengkaji
bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,          bidang-bidang
linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa             berinteraksi dengan dunia.
·                    
Sosiolinguistik,
linguistik antropologi, dan antropologi linguistik       merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi          linguistik dengan masyarakat pada
keseluruhannya.
·                    
Analisis
wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah            berinteraksi dengan linguistik.
·                    
Psikolinguistik
dan neurolinguistik menggabungkan sains   perubatan
dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi        disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi,
linguistik        pengiraan, serta sains
kognitif.
·                    
 
 Tugasan:
Tugasan: 
            Buat
perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik         perbandingan.
 Bincangkan
bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.
            Bincangkan
bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.| 
TAJUK  
4 | 
LINGUISTIK KONTEKSTUAL | 
Sinopsis
Tajuk empat
ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan
disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji
bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara
disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
Hasil
Pembelajaran        
            (i)          Menjelaskan perhubungan antara bahasa
dan masyarakat.
            (ii)         Mengenal pasti aspek-aspek bahasa,
struktur dan penggunaan                              bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan
dan masyarakat. 
4.0       KANDUNGAN
ISI
4.1       Linguistik
Kontekstual
·        
Menurut J. Lyons, 1968 ; 
                              Linguistik adalah satu bidang yang
mengkaji bahasa secara                                          saintifik 
·        
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
                              Linguistik ialah
                              1.
Kajian saintifik tentang bahasa.
                              2.
Berkaitan dengan bahasa.
·        
Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik
ialah pengajian ilmu bahasa. 
·        
Menurut John Lyons (1968);
                              Linguistik adalah suatu ilmu
pengkajian bahasa yang                                                      dilakukan secara saintifik.
Definisi
kontekstual:
·        
Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
                              Kontekstual ialah  berkaitan dengan atau menurut konteks:                                penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan                                                   perkembangan
sastera.
      Kontekstual
membawa pengertian:
            1.         Yang berkenaan, relevan, ada hubungan
atau kaitan                                                langsung, mengikut konteks.
            2.         Yang membawa maksud, makna dan  kepentingan                                         (meaningful).
      Linguistik
kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik       berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain. Sedangkan    linguistik
teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,     bidang-bidang linguistik antara disiplin
mengkaji bagaimana bahasa       berinteraksi
dengan dunia. 

            4.2       Sosiolinguistik
 Sosiolinguistik
adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara         bahasa dan gejalanya dalam  
masyarakat.
                 
Sosiolinguistik
adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara         bahasa dan gejalanya dalam  
masyarakat. Cenderung
berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam    masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial           dalam masyarakat.
                 
Cenderung
berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam    masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial           dalam masyarakat. Merupakan
satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi       bermacam-macam perkara seperti 
fungsi bahasa, peranan bahasa,         penerimaan
istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan             yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak  sosial di antara             penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa,
pelacakan    bahasa rahsia bajak laut,
pengungkapan jati diri secara sosial           melalui
grafiti, mantra  dan pelbagai istilah
lain lagi.
                 
Merupakan
satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi       bermacam-macam perkara seperti 
fungsi bahasa, peranan bahasa,         penerimaan
istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan             yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak  sosial di antara             penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa,
pelacakan    bahasa rahsia bajak laut,
pengungkapan jati diri secara sosial           melalui
grafiti, mantra  dan pelbagai istilah
lain lagi. Pada
prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang          melihat aspek bahasa, struktur dan
penggunaan bahasa yang ada  dengan
fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya          dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.
                 
Pada
prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang          melihat aspek bahasa, struktur dan
penggunaan bahasa yang ada  dengan
fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya          dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang
yang memperlihatkan          pertalian
antara  bahasa dengan masyarakat.
                 
 Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang
yang memperlihatkan          pertalian
antara  bahasa dengan masyarakat. Fungsi linguistik memperkatakan tentang
perkara-perkara seperti  perbandingan di
antara  bahasa rasmi dengan bahasa
vernakular         yang tidak rasmi, iaitu
satu perihal yang   melibatkan apa yang          dinamakan “perancangan bahasa” dalam
menegakkan identiti              sesebuah negara.
                 
 Fungsi linguistik memperkatakan tentang
perkara-perkara seperti  perbandingan di
antara  bahasa rasmi dengan bahasa
vernakular         yang tidak rasmi, iaitu
satu perihal yang   melibatkan apa yang          dinamakan “perancangan bahasa” dalam
menegakkan identiti              sesebuah negara. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji
berbagai bahan sosio-    budaya yang
berhubung  dengan aspek-aspek linguistik
seperti      perhubungan sosial harian
yang berkaitan pula   dengan           kebudayaan, masyarakat, kumpulan
sosial, bahasa, dialek dan       bentuk-bentuk  gaya yang dibezakan oleh perihal taraf
pemakai-      pemakainya.
                 
 Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji
berbagai bahan sosio-    budaya yang
berhubung  dengan aspek-aspek linguistik
seperti      perhubungan sosial harian
yang berkaitan pula   dengan           kebudayaan, masyarakat, kumpulan
sosial, bahasa, dialek dan       bentuk-bentuk  gaya yang dibezakan oleh perihal taraf
pemakai-      pemakainya.
4.3       Pengertian Antropologi 
                  Menurut etnologinya kata
antropologi berasal dari kata yunani                            “Antropo”
yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti                             ilmu yang mempelajari.
4.4       Antropologi Linguistik
v   
Satu
cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya                                    terutama
untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan                                  sehari-hari
sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
v   
Adakala
disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan                                 memberikan
penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa                           dengan
penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan                                           kumpulan-kumpulan
etnik.
v   
Salah
satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat                               pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci                          adalah participant observation.
v   
Participant observation merujuk kepada seseorang yang
dihantar                            kepada
esuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan                  sehingga kadang-kadang membawa
kepada perkahwinan dan                                     jangka masa yang lama.
4.5       Linguistik Antropologikal
      Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya.
Melihat aspek-aspek       kehidupan
penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana  suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur    mempengaruhi cara mereka berbahasa.
TUGASAN
 
 
                    Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.
| 
TAJUK  
5 | 
STILISTIK | 
Sinopsis 
Tajuk
5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa
yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada
keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras
bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.
Hasil
Pembelajaran
     
      (i)         Mengenal
pasti prinsip-prinsip stilistik.
            (ii)
       Melihat bagaiamana keberkesanan
stilistik  mempengaruhi bahasa.  
5.0       KANDUNGAN
ISI
5.1       Stilistik
          Menurut Abdullah Hassan (1990)
§    
Stilistik atau sylistics
adalah ilmu tentang stail atau gaya yang         dihubungkan
dengan pemakaian atau penggunaan bahasa
§    
Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan 
§    
Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan
diperluas dalam  bidang kesusasteraan yang
menggunakan bahasa sebagai wahana  pengucapan.
§    
Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya
ilmu      gaya yang membezakan gaya
sastera dan gaya bukan sastera.
5.2       Stilistik
dari sudut Sastera
§    
Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada    penggunaan bahasa. 
§    
Cabang linguistik gunaan atau terapan. 
§    
Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya     bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. 
§    
Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) - stilistik
meneliti          penggunaan bahasa yang
menyimpang daripada norma dan             berusaha
menemukan fungsi estetik.
5.3       Pengenalan
am Stilistik Bahasa
§    
Bermaksud
bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu      bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung      kepada keadaan dan partisipasi sesuatu
pertuturan. 
§    
Perbezaan
dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang             paling formal kepada bentuk yang agak formal.
5.4       Prinsip Stilistik
§    
Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca         kegiatan berkreatif dengan merujuk
kepada kemampuan     berbahasa sebagai
satu anugerah dan bakat seseorang penulis. 
§    
Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang
bakat dan           kebolehan mengarang
bagi seseorang pengarang. 
§    
Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian
bahasa             tetapi menjangkaui
kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
§    
Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek
tema seperti     yang sering dibicarakan
dengan menggunakan pendekatan          struktural.
§    
Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk
kepada             aspek bahasa yang
melibatkan ayat-ayat yang membina         keseluruhan
karya. 
§    
Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah
difahami,  mudah dimengerti, banyak maksud
dan mempunyai makna            simbolik. 
§    
Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil
memperlihatkan             gaya
keperibadian seseorang penulis. 
§    
Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai
penelitian   sesuatu gaya istimewa dalam
eksposisi dan pembentukan satu             penyusunan
diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan         keperibadian
atau idiosinkrasi penulisnya. 
§    
Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini
disebabkan oleh           beberapa faktor
antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan            keperibadian
penulis 
§    
Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian
terhadap pemilihan             diksi,
pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.
§    
Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu
terdapat      pelbagai jenis dan kategori
perkataan dan ayat yang digunakan.
§    
Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek    kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik
dan dialektologi perlu       dikuasai oleh
pengkaji atau peneliti.
§    
Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka
memahami makna             perkataan yang
sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan         oleh
pengarang. 
§    
Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau
tempatan   dapat memperkaya perbendaharaan
kata di samping merupakan   satu gaya atau
stail bagi seseorang penulis. 
§    
Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan
penelitian tentang            penghasilan
sesebuah karya.
§    
Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai
          keadaan dan rangsangan yang
berlaku di sekelilingnya. 
§    
Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan        stilistik ini akan menemukan
gagasan bahawa terdapat unsur- unsur
bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. 
§    
Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan
untuk menganalisis           proses
penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk  menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau         khalayak terhadap sesebuah karya. 
§    
Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu       bahasa sama ada dapat difahami,
menimbulkan keseronokan atau        memberi
kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada        penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk             mengungkapkan pemikiran, mesej atau
idealisme pengarang. 
 TUGASAN
TUGASAN
            Huraikan prinsip-prinsip
stilistik dan bagaimanakah stilistik itu         mempengaruhi
kehidupan masyarakat.
| 
TAJUK  
6 | 
SIFAT BAHASA | 
Sinopsis
Tajuk
6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky     Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di
dunia ini mempunyai           
sifat-sifat yang tersendiri.
Hasil Pembelajaran
            (i)         Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa
itu secara tepat.
            (ii)        Menguasai dan memahami perbezaan
sifat-sifat bahasa itu.  
6.0       KANDUNGAN ISI 
6.1       Bahasa sebagai satu sistem       
•              
Bahasa
mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam      bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau       bentuk sintaksis.
•              
Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi
satu     susunan yang sempurna dari segi
strukturnya (klausa, ayat, kata).
•              
Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan,
melainkan             mengikut cara-cara
tertentu. 
•              
Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.
•              
Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.
•              
Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.
            Contoh :
            BAHASA
MELAYU
            1.  buku itu
            2.  sebuah buku merah
            3.  pensel ini
            BAHASA
INGGERIS
                  1.  that car 
(kereta itu)
                  2.  three red books (tiga buah buku yang
merah)
                 3.  the
beautiful book (buku yang cantik itu)
6.2       Bahasa
bersifat dinamis
•              
Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya           bergaul dan berinteraksi dengan
manusia lain.
•              
Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan         manusia lain menyebabkan pertambahan dan
pengurangan            perbendaharaan kata
sesuatu bahasa itu.
•              
Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak
berubah. 
6.3     Bahasa itu bersifat arbitrari
•              
Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau
lambang dalam           bahasa dengan
makna yang diberikan secara kebetulan dan     ditentukan
oleh budaya sesuatu masyarakat.
•              
Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan
      dengan benda-benda yang dimaksudkan.
•              
Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati
tiap-tiap          bahasa mempunyai
perkataan yang berlainan bagi benda-benda    sama. 
            Sebagai contoh:
                  dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu”
            dalam
Bahasa Inggeris dipanggil “door”
            “puerta”
dalam Bahasa Sepanyol.
6.4.    Bahasa
sebagai alat berkomunikasi
•              
Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di  sampaikan oleh penutur kepada pendengar.
•              
Faktor yang mengubah bahasanya. 
–    
pendengar : orang yang dilawan bercakap. 
–    
tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu  mengambil tempat, termasuklah benda-benda
yang berada di sekitarnya.
–    
butir pertuturan : tajuk
percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada  terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi. 
 
6.5      Bahasa mempunyai makna
•              
Makna
bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.
•              
Sesuatu
perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.
6.6        Bahasa itu linear
•              
Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan
pergerakan           alat-alat artikulasi
satu demi satu.
•              
Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi
yang  dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’,
’a’, dan ‘m’.
•              
Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan
disebut satu            demi satu untuk
melambangkan sesuatu bunyi.
 TUGASAN:
TUGASAN:
             Dengan memilih
contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat   bahasa dengan jelas.
| 
TAJUK  
7 | 
VARIASI  BAHASA | 
Sinopsis
Tajuk 7 ini
membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang
sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang
menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran
bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.
Hasil
Pembelajaran
            (i)         Menghurai
dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.
            (ii)        Melihat
pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan                              masyarakat.
7.0       KANDUNGAN
ISI
7.1       Variasi
Bahasa
    Variasi
bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang            digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi
tertentu
    Variasi
bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa            yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan             kumpulan penutur berbeza atau suatu
kumpulan penutur yang    sama dalam
keadaan yang berbeza.
    Halliday
(1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
                  Pengguna – orang
yang menggunakan sesuatu bahasa dan
                  Penggunaan –
kesesuaian jenis bahasa yang digunakan                            dengan
keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.
    Aspek ini
lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa   yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.
    Variasi
bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan,          kosa kata dan tatabahasa.
    Bahasa
ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin           besar jumlah penuturnya, makin luas
daerah penyebaran bahasa             itu,
dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi  penggunaannya.
    Demikian
juga halnya dengan Bahasa Melayu.  Dalam konteks       Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat             berbagai-bagai dialek, seperti
dialek Kelantan, Terengganu,     Pahang,
Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.  
    Bahasa
ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin           besar jumlah penuturnya, makin luas
daerah penyebaran bahasa             itu,
dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi  penggunaannya. 
    Demikian
juga halnya dengan bahasa Melayu.  Dalam rangka         Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat             berbagai-bagai dialek, seperti
dialek Kelantan, Terengganu,     Pahang,
Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.  
    Demikian
juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud  oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan,          jenis pekerjaan, dan kedudukan
sosioekonomi penutur yang           berbeza-beza
penggunaannya. 
    Hakikat
bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-           ahli bahasa.  Namun apabila
mereka merujuk sesuatu bahasa   tertentu,
misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka      mempunyai gambaran tentang satu kesatuan
bahasa, yang            walaupun mempunyai
berbagai-bagai kelainan, masih terdiri           daripada
satu keseluruhan.  
    Daripada
beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih            sebagai mewakili bahasa tersebut dan
variasi inilah yang menjadi         ukuran
apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.
    Dalam
bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu           bahasa secara menyeluruh itu disebut
bahasa standard atau             bahasa
baku.
    Bahasa
Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-  orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan     berbincang. Tujuannya supaya mudah
difahami.
    Tiap-tiap
pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing           dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat
bahasa m       Melayu umum, yang dari segi
sejarahnya berasaskan dialek  bahasa
Melayu Johor Riau.
    Variasi
ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku,    ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa  sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti
dalam ucapan-ucapan,     mesyuarat dan
persidangan dan dalam media massa.
    Terdapat
3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.
7.2       Variasi Bahasa (Dialek)
    Perkataan
'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos'            iaitu perkataan yang pada mulanya
digunakan dalam hubungannya            dengan
bahasa Yunani pada waktu itu. 
    Dialek
merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih             difahami oleh pengguna dalam
sesuatau masyarakat bahasa           walaupun
ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali           sebagai dialek.
     Dialek
ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan  oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu
masyarakat bahasa. 
     Dialek
mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan         tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari
       segi sebutan, tatabahasa, dan
penggunaan kata-kata tertentu,            tetapi
perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai            satu bahasa yang lain. 
     Dialek
kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan           pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun  bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang
Nusantara    mempunyai 200 hingga 300
bahasa dalam 16 golongan seperti      Filipina,
Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. 
7.3       Bahasa
Isyarat
     Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan
komunikasi    manual, bahasa tubuh, dan
gerak bibir, bukannya suara, untuk            berkomunikasi.
     Kaum
tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan        bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan,    orientasi dan gerak tangan, lengan, dan
tubuh, serta ekspresi          wajah untuk
mengungkapkan fikiranmereka.
     Bahasa
isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
     Bahasa
isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.    Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki             bahasa
tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang             berbeza (American Sign Language dan British
Sign Language). Hal            yang
sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki     bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris
dengan Sepanyol),  tetapi menggunakan
bahasa isyarat yang sama. 
     Biasanya
bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang    mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.
     Ini
adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu           sama lain.
     Golongan
pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah        Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat       jurubahasa apabila berurusan dengan mereka
yang tidak     memahami bahasa berkenaan.
     Persekutuan
Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat      Latihan
Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui      sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih        100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.
 TUGASAN
TUGASAN
            Dengan memilih cerpen yang
sesuai, analisis penggunaan variasi            bahasa
yang digunakan dalam cerpen tersebut.  
 TAMAT
TAMAT
 http://ipislam.edu.my/index.html


